Close PrintPrintable
Announcement Board
Pemilihan MPP 2011/2012: Garis Panduan Berkempen Bagi Calon-Calon Pemilihan MPP
Category: Student Activity

GARIS PANDUAN KEMPEN PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Tarikh kempen dibuka :

  1. Kempen dibenarkan bermula tarikh 17 Februari 2011 (Khamis) sebaik sahaja selesai proses penamaan calon dan calon disahkan bertanding hingga 21 Februari 2011 (Isnin) jam 11.59 malam.
  2. Sebagai mematuhi Perintah-perintah Universiti Malaysia Pahang (Kolej Kediaman Pelajar) 2005, Perkara 25 (Penggunaan ruang selepas jam 12.00 malam) dan Perkara 33, Bahagian 3 Kaedah-kaedah Universiti Malaysia Pahang (Tatatertib Pelajar) 2003 (Tidak boleh berada di luar asrama selepas jam 12.00 malam) hendaklah dipakai.

Tempat-tempat yang dibenarkan berkempen :

  1. Seluruh kawasan di dalam kampus Universiti Malaysia Pahang (kampus Gambang/Pekan) kecuali :
  2. Semua pejabat pentadbiran universiti
  3. Perpustakaan UMP
  4. Masjid dan Surau UMP (termasuk halamannya)
  5. Rumah Staf
  6. Luar kawasan kampus UMP
  7. Kompleks Sukan (Tempat Mengundi)
  8. Dewan Astaka (Tempat Taklimat)
  9. Bilik Aktiviti FKEE (Tempat Mengundi kampus Pekan)
  10. Dewan Kuliah (telah dimaklumkan di sesi taklimat calon)

 

  1. Pihak Jawatankuasa Pelaksana akan menyediakan tempat dan kemudahan para calon untuk berkempen di beberapa lokasi bagi mendapatkan sambutan pendengar mulai 17 Februari 2011. Kemudahan yang disediakan ialah pembesar suara, pentas pengucapan awam, laptop dan projector LCD. Selain daripada itu adalah inisiatif calon sendiri.

Penggunaan pembesar suara dan sepanduk :

  1. Calon boleh menggunakan pembesar suara untuk berkempen pada waktu dan tempat yang sesuai seperti yang dinyatakan di atas.
  2. Semua penggunaan pembesar suara hendaklah dihentikan mulai jam 11.59 malam setiap hari kempen hingga jam 8.00 pagi.
  3. Calon-calon hendaklah menghormati waktu solat dan azan dengan menghentikan penggunaan pembesar suara ketika waktu yang dinyatakan.
  4. Calon-calon tidak dibenarkan menyimpan sendiri pembesar suara di bilik kediaman.
  5. Calon boleh menggunakan sepanduk sepanjang aktivitii kempen dengan tidak membuat apa-apa simbol/logo.
  6. Semua motto ataupun tajuk manifesto calon hendaklah terang dan jelas tanpa mewujudkan persamaan dengan sensitiviti agama, politik partisan dan perkauman, lebih-lebih lagi kelucahan melalui mana-mana kaedah samada secara online, percetakan, pengucapan, perbuatan dan peranti telekomunikasi (sms atau mms)

Gaya Pakaian :

  1. Calon-calon hendaklah mematuhi Perintah-perintah Universiti Malaysia Pahang (Tatacara Berpakaian, Rupa Diri dan Pergaulan Pelajar-pelajar) 2005.
  2. Penampilan calon lelaki hendaklah kemas, memasukkan baju kemeja ke dalam seluar, berseluar panjang (slack) dan berkasut.
  3. Calon wanita dilarang berpakaian jarang, ketat, berbaju tanpa lengan, berbaju potongan dada terbuka, berskirt/berseluar pendek atau singkat dengan menampakkan bahagian punggung atau pusat.
  4. Calon lelaki dilarang bertindik, manakala calon wanita dilarang bertindik pada tempat selain bawah cuping telinga.
  5. Calon-calon digalakkan bertudung dan bersongkok hitam. Pemakaian kopiah putih atau serban atau purdah (niqab) tidak dibenarkan.

Pengucapan Awam :

  1. Calon-calon dinasihatkan membuat kajian awal dan perbincangan serba-sedikit terlebih dahulu dengan pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni terhadap isu-isu yang akan diutarakan bagi mengelakkan penyebaran informasi salah atau menyentuh Akta Rahsia Rasmi Kerajaan.
  2. Ucapan calon hendaklahf bersifat mewakili diri sendiri tanpa memasukkan unsur sensitiviti agama, politik partisan, perkauman mahupun kelucahan.
  3. Penggunaan bahasa rasmi negara adalah WAJIB. Calon boleh menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dengan keizinan Pengacara Majlis.

Umum :

  1. Calon-calon boleh melantik dua orang penyokong/jurucakap sebagai memperkenalkan diri calon.
  2. Calon-calon dan penyokong-penyokong atau jentera-jenteranya hendaklah memastikan semua sepanduk, poster dan handbill ditanggalkan dan dibersihkan kawasan tersebut serta membuangnya ke dalam tong sampah sebelum jam 5.00 petang pada 23 Februari 2011.
  3. Calon tidak dibenarkan berkempen menggunakan cara seperti pemberian hadiah, makanan atau lain-lain pemberian yang berkaitan dengannya.

Perlanggaran peraturan kempen :

Perlanggaran peraturan kempen ini boleh menyebabkan calon tidak dibenarkan berkempen oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP UMP.



http://
Posted by AHMAD REDUAN BIN MOHD YUSOF, JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI
18 FEB 2011