Close PrintPrintable
Announcement Board
JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN KOLEJ KEDIAMAN MAWADDAH UMP DAN SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT UMP TAHUN 2023
Category: Announcement

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

YH Dato'/ Datin / Profesor / Profesor Madya /Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya  perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Sukacitanya dimaklumkan bahawa Majlis Perasmian Kolej Kediaman Mawaddah UMP dan Sambutan Aidilfitri Peringkat UMP Tahun 2023 adalah seperti ketetapan berikut :

Tarikh          :  28 April 2023 (Jumaat)

Tempat        :  Dewan Serbaguna, UMP Pekan

Masa            :  9.30 Pagi - 12.30 Tengah Hari

Pakaian       :  Lelaki       :  Berbaju Kebangsaan lengkap

                        Wanita    :  Berbaju Kurung

                                         :  Berkasut penuh

 

3.  YH Dato'/ Datin/ Profesor/ Profesor Madya/ Dr./ Tuan / Puan yang hadir bekerja pada 28 April 2023 (Jumaat) adalah dijemput mengikut ketetapan yang berikut:

a. Wajib bagi semua Ketua Jabatan bagi Kampus Pekan & Gambang.

b. Wajib bagi semua staf Kampus Pekan.

c. Wajib bagi semua petugas booth PTJ Kampus Pekan & Gambang.

d. Dialu-alukan bagi staf Kampus Gambang.

Semoga kehadiran YH Dato'/ Datin/ Profesor/ Profesor Madya/ Dr./ Tuan/ Puan akan memeriahkan lagi majlis ini kelak.  Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

 



http://
Posted by NOR ADIRA AINI BINTI ZULKFLE, JABATAN PENDAFTAR
27 APR 2023