Close PrintPrintable
Announcement Board
KELULUSAN SOLAT JUMAAT DI SURAU UMP PEKAN
Category: Others (Exclude Product Or Services Promotion)

Assalamualaikum wrt wbt

Untuk makluman warga UMP Pekan dan seluruh warga UMP amnya,

Surat dari Pejabat Agama Islam Daerah Pekan bertarikh 2 September 2010 kepada Pegawai Hal Ehwal Islam UMP dengan segala hormatnya dirujuk.

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Surau Sementara UMP Pekan telah mendapat KEBENARAN dan KELULUSAN MENDIRIKAN SOLAT JUMAAT dari pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dengan sokongan dari Jabatan Mufti Negeri Pahang. Bersama surat tersebut dilampirkan beberapa syarat yang mesti dipatuhi oleh pihak pengurusan surau tersebut (PIPI).

Merujuk kepada perkara di atas, Pusat Islam & Pembangunan Insan UMP akan mula menjalankan aktiviti ibadah Solat Jumaat di Surau tersebut samada pada tarikh 17hb September 2009 (pelajar masih bercuti) atau selewat-lewatnya 24hb September 2009 melihat kepada kesesuaian.

Semoga dengan berita gembira ini, akan memudahkan para pelajar dan staf UMP Pekan bagi menunaikan kewajipan agama yang difardhukan tersebut di samping dapat mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif, insyaAllah.

 

Saya yang menjalankan tugas,

USTAZ MOHAMAD HAZMI BIN DIBOK
Pegawai Hal Ehwal Islam
Pusat Islam & Pembangunan Insan, UMP
09-5492609 (tel) 09-5492644 (faks)


 



http://
Posted by MOHAMAD HAZMI BIN DIBOK, PUSAT ISLAM DAN PEMBANGUNAN INSAN
07 SEP 2010